Wednesday, June 15, 2011

Hina sangat ke meniaga ni?

Kadang kadang aku tak paham fahaman mana diorang neih...hina sangat ker orang meniaga neih? apersal? orang miskin jer ker boleh meniaga? ko ingat orang yang paling kaya dalam dunia tuh ..keja makan gaji ker? malu? biler orang tanya...keja aper...jual goreng pisang jer...tak bestlah kan...cuba tanya..keja mana...bank ...padahal keja kuli jer...gaji RM1500 sebulan..tuh belom ptong utang lagik tuh..silap silap gaji bersih tak sampai RM500...


Aku jugak hadapi menda yang sama...masih mencengkam lam hati soklan tuh sebab aku selalu bawak barang barang untuk di jual kat dept nieh...ader satu manager sound " ko nieh susah sangat ke idop...macam macam ko bawak niaga...tulah aku recommend ngan dealer dulu ko tak nak" erkkk...perlukah???

tadik sempat baca beautifulnara....gossip gossip tulah...terkeluar kisah si Saerah ngan Zubir nieh...walaupun ko wartawan gossip..tak payahlah sampai nak menjatuhkan maruah orang...semata mata untuk jadik bahan ..sila baca...


SEMPENA cuti persekolahan baru-baru ini, Zubir mengambil kesempatan membawa keluarga bercuti panjang ke sebuah resort di Pantai Timur. Selepas menikmati ikan patin gulai tempoyak dan keropok lekor, sebelah malamnya pula Zubir dipelawa beberapa rakan melepak di sebuah pusat hiburan menyaksikan persembahan live band terbaru dari Filipina.
Sedang asyik melayan beberapa lagu kegemaran, tiba-tiba melintas di depan Zubir seorang pemuda yang pernah Zubir lihat sebelum ini, tapi tak ingat di mana. Zubir dimaklumkan seorang kenalan, pemuda berkenaan ialah Saiful Anuar atau Epul, suami Siti Saerah Tarudin. Saerah pula ialah adik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Zubir macam kena loteri saja pada malam itu.
Selang beberapa minit, Epul menghampiri Zubir dan kami bersalaman, namun tidak bercakap apa-apa. Mata Zubir pula melilau mencari kelibat Saerah, manalah tahu dia mengikut suaminya ke pusat hiburan itu. Tidak lama kemudian, Zubir terpandang wajah Saerah di celah-celah ratusan pengunjung yang sedang ligat berdansa pada malam minggu itu. Saerah terus menghampiri Zubir dan melemparkan senyuman, sekali gus bertanya bila Zubir sampai ke sana (Pantai Timur).
Zubir sekadar memberitahu baru sehari dua bercuti, namun tidak berkesempatan bersembang lebih lanjut kerana keadaan sekeliling begitu bingit ditambah bunyi muzik yang kuat, tidak mengizinkan kami meneruskan perbualan pada pertemuan singkat itu. Sebaik saja band berkenaan selesai membuat persembahan, Zubir bersama beberapa rakan, sempat menjamu selera di sebuah gerai berdekatan.
Maka, cerita terbaru Saerah bersama suaminya, Epul rupa-rupanya bersambung pula pada tengah malam itu. Seorang kenalan memaklumkan kepada Zubir, sudah lebih sebulan Saerah dan Epul membuka sebuah gerai kecil di kawasan peranginan popular, Midtown D’Muda atau Esplanade, Benteng di tepi Sungai Kuantan, Pahang.
Saerah dan suaminya menjual kek cawan (cupcakes). Tambah kenalan tadi, Saerah dan Epul turut membawa anak mereka ketika berniaga dan mereka bergilir-gilir menjaga bayi berkenaan sambil melayan pengunjung. Sebiji kek cawan dijual RM4.00.
Maka terdetik di hati Zubir, kenapa begitu terdesak kehidupan Saerah selepas mendirikan perkahwinan sehingga terpaksa membuka gerai yang hanya beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad setiap minggu itu?
Seorang kenalan lain memberitahu, Saerah perlu menambah pendapatan keluarga membantu suaminya yang bekerja sebagai penjual kereta di Kuantan. Khabarnya pendapatan Epul tidak menentu, justeru, Saerah terpaksa melakukan perniagaan sampingan, maklumlah dengan kehadiran anak yang baru lahir, pastinya pendapatan isi keluarga akan bertambah.
Tapi, ada juga suara nakal di kalangan teman Zubir memberitahu, sekalipun Saerah adik Siti Nurhaliza, dia tidak kisah orang ramai memerhatikannya menjual kek cawan. Gerai Saerah pula hanya selang satu dengan gerai menjual minyak wangi, apabila ada kenalan memaklumkan, ada kalanya Saerah berkaraoke di tepi sungai itu, maklumlah dia pernah menyertai program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua.
Maka, timbul lagi suara lebih nakal, Saerah ni tak jaga nama baik Siti Nurhaliza ke, kakaknya seseorang yang dihormati dan disanjung, adiknya pula hanya peniaga gerai! Bagi Zubir, apa salahnya Saerah berniaga menambah pendapatan keluarga, asalkan kerja itu halal. Tapi, daripada dia menjual kek cawan, lebih baik dia menjual dan mengedar produk kakaknya, Simply Siti, gerenti berduyun-duyun orang membeli!
Seperkara lagi, ada juga yang membisikkan ke telinga Zubir, kalau benar sekarang Saerah tak hidup senang sehingga terpaksa berniaga secara kecil-kecilan, tapi dia masih berkesempatan berhibur di pusat hiburan! Ooops…. itu Zubir tak mahu komen apa-apa.
Tapi, sebagai adik kepada seorang penyanyi yang begitu berpengaruh di Malaysia dan Indonesaia, Saerah perlu menjaga nama baik kakaknya dengan tidak terlalu menonjol bersuka ria di khalayak ramai. Tapi, kalau dah berniaga tu, nak buat macam mana, mungkin orang beli kek cawan yang dijual Saerah kerana dia adik Siti Nurhaliza!
Harap Saerah dan suaminya tidak berkecil hati dengan kata-kata Zubir. Ia sekadar nasihat dan pandangan peribadi. Tapi, dalam pada bercuti itu, sempat pula bergosip. Nak buat macam mana, gosip dah jadi sebahagian kehidupan Zubir, dah sebati.
ZUBIR: Putri Mardiana yang dikenali menerusi filem Santau, baru saja keluar MIG, khabarnya ada masalah dalaman.

Biarlah diorang sendiri yang tentukan jalan hidup diorang...perlu ker dier menempel kat kakak dier...dier dah ader keluarga...aku bangga sebab dier dan suami dier tidak mempergunakan nama kakak dier untuk kepentingan sendiri....yang paling penting...Siti tuh saper ?? yang sampai nak rasa malu plak sampai adik beradik tak boleh nak niaga tepi jalan?? kurang kurang dier takde lah macam wartawan yang hidup dengan menjatuhkan maruah orang lain kan....Dia berkerja keras dengan suaminya...demi untuk menyara keluarga...salah ker? yang penting dier takde lah pegi jumpa SITI tiap tiap minggu mintak duit....

Meniaga untuk mencari rezeki halal ...tak salah pun...yang salah yerlah menggunakan nama orang lain untuk kepentingan sendiri...cuba bayang kalau dier jual produk Simplycity tuh ...confirm si Zubir nieh akan keluar gossip terbaru...."ADIK PENYANYI NO.1 YANG ASYIK MENUMPANG KEKAYAAN KAKAKNYA"



1 comment:

AdanyaKauUntukku said...

saya suka komen kakak..good kakak good....depa ni menyibuk je kan..

suka dia lah
saerah ngan siti dua individu berbeza
mmg adik beradik seibu sebapa..tapi tak semestinya kena menempel jeeee