Tuesday, April 5, 2011

Autisme

Kalau korang menonton M3 minggu lepas ader diorang kupaskan pasal citer budak budak Autisme nieh ...sebab aku rasa ramai yang tak aware pasal menda nieh kerana dari segi zahirnya..budak budak yang mengidap Autisme nieh sama jer macam budak lain...cukup sifat..tapi ader kekurangan sesuatu...


kat sini aku copy paste bagi mereka yang masih lagi tidak tau tentang penyakit ini

Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
  • Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
  • Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
  • Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)

Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.

Tanda-tanda bagi Autisme.
Terdapat 3 jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme:
1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain.

Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Kenapa tetiba aku concerned pasal penyakit nieh?  Sebab anak saudara aku ..Zarith mengidap autisme cuma which kategori aku tak pasti sebab doktor masih membuat rawatan.  Kelihatan normal..tapi aku perasan dier tak nak bermain dengan anak anak aku...lebih suka main sorang...takde respons biler kita bercakap dengan dier...macam dier dalam alam dier sendiri...sangat hyperaktif...tapi bila jatuh..pada kita sakit sangat dah..dier tak der rasa sakit...memang payah nak peluk dier...apabila bagi lego dekat dier...dier akan susun lurus..mengikut warna dan bentuk...dier paling suka tengok aku sebab dalam family aku sorang jer pakai cermin mata...tuh yang lama dier belek...

Kesian bila dengar respons dari ibu dalam Majalah 3 tuh...sampai ader yang menangis bila jiran bagitau..tolong jgan bagi anak datang umah dier ..takot berjangkit penyakit..ini bukan penyakit berjangkit...sebab itu..bila aku balik kampung..aku cuba interaksi dengan Zarith walaupun sukar..sebab itu aku cuba bagi sokongan pada kakak aku supaya bagi lebih tumpuan pada Zarith....sayang anak saudara Mak cu cam anak sendiri...Luv u zarith...




2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

ari tu si adha ada bg ila artikel ni..sbb dia kata si Paim ada penyakit autisme nieH...

isk isk....
jauh panggang dari api tau
dia mmg lambat cakap
tapi tak semestinya dia tak boleh cakap...

dan jalan pun baru 4 bulan..dia mau org tu bercakap cepat..camlah dia pun banyak cakap kan kan kan

nOLie said...

hahahah saya dulu pun suspek uzair autisme jugak kakak ..dier lambat cakap...sekarang tak berenti bercakap ambik ko ehhehe ...

autisme anak sedara saya nieh obvious kakak..mmg dier tak bercakap langsung..hyper..dier suke sorang sorang...tuh yang risau jugaklah kalau tak didik dari awal