Sebak...satu satunya perkataan yang dapat aku luahkan....menonton rancangan Bersamamu di TV3 membuat kan aku tersedar Alhamdulilah anak anak aku dilahirkan sempurna cukup segala sifat. Aku cukup kagum dengan kekuatan dan ketabahan ibu ibu yang mempunyai anak Istimewa ini.
Paparan semalam mengenai kanak kanak Sindrom Down mengingatkan aku pada Leha. Dulu dalam kawasan perumahan aku ader seorang gadis sindrom down bernama Leha. Dier gemar datang ke rumah aku sambil membawa beg plastik berisi getah dan kertas. Tujuan semata untuk mendapatkan air dan makanan. Biasanya kami bagi dier Teh O serta kuih. Kalau ader nasi lemak bagi jugaklah. Kesian, dibiarkan sahaja oleh ibubapa. Sehingga kisah dia dirogol oleh jantan durjana dengan upah air Pepsi. Sedih. Kali terakhir aku dengar dia mengandung dan sampai sekarang tak pernah jumpa dah.
Airmata mengalir masa ibu Naylie salah satu kanak kanak sindrom down menceritakan ketika kali pertama melihat naylie...tempoh penafian selama 6 bulan sehingga satu tahap dier langsung tak suka melihat Naylie. Akhirnya dia redha ketentuan illahi, Naylie dieberi pendidikan sebaiknya. Dia kata dier suka tiap kali Naylie menyanyi: "mana naylie mana naylie, di sini di sini, asik makan saja asik makan saja, nyum nyum nyum" saat dia menangis tuh tak sedar aku pun menangis sama.
Firdaus juga begitu. Didikan yang baik menjadikan dia lebih berdikari. Ketentuan Allah kan. Tak siapa tau. Semoga mereka kuat semangat menjalani kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment