Tuesday, April 12, 2011

Bil ikan patin RM13,000!!

Patin Hitam Sangkar...biasanya warna lebih gelap

Patin Buah Sangkar...warnanya lebih cerah dan perut biasanya buncit sedikit kerana mengandungi lemak
 TEMERLOH, 11 April (Bernama) -- Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama Isnin.
 
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260. "Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

Heheheh kalau aku laki bini jual harga ini ...aku beli rumah bayar cash ehhehe ...buat kawan kawan yang tak biasa makan ikan sungai...tanyalah dulu tokey kedai makan tuh..kalau patin hitam sangkar ..harganya lebih murah...anggaran dalam RM5 - RM7 seketul...kalau patin buah...ada juga sangkar dan ader juga sungai...Harga untuk ikan Patin Buah Liar ...RM85/kg ...dan Patin Buah Sangkar RM35/kg...dan Patin Muncung..King of the Patin...market sekarang RM200/kg....Ada Bran???



2 comments:

amiey lee said...

mak aiiii gilerr...

tadi dgr kat radio hot fm pasal benda ni..buleh fengsan kalau gini...

hai kna tgu org pahang wat kenduri yang masak ikan patin le kalau gini kekekekek

AdanyaKauUntukku said...

aai nak king of patin tu boleh..huhuhu