dan sebagai tokey Patin Sangkar Sungai Pahang...haruslah resepi saya ialah Ikan Patin Masak Tempoyak....sebenarnya..lain tempat lain cara masak ...macam Pahang...kami tidak gunakan bawang...kami masukkan timun cina...yang kuning tuh...tapi sebelah Perak...mereka suka letak taugeh kasar....so jom kita tengok resepi kali ini
Patin Masak Asam Tempoyak
Bahan-Bahan
20 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
1 sudu garam kasar
(Semua bahan di atas ditumbuk, kemudian digaul bersama dua senduk tempoyak)
Ikan Patin Sangkar dalam 800g -1 kg (dipotong dan dibersihkan)
Daun Kesum
Bunga Kantan Cara -cara
1. Masukkan ikan ke dalam periuk dan masukkan air agak agak tenggelam ikan.
2. Masukkan tempoyak yang telah digaul
3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan
4. Panaskan di atas dapur
5. Apabila sedikit pekat, masukkan garam dan perasa.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Tips:
1. Kalau ikan patin sangkar, tidak perlu dibasuh dengan limau nipis/asam jawa sebab ikan sangkar tidak berbau dan rasanya lebih sedap berbanding patin kolam.
2. Mestilah dicuci bersih sehingga hilang darah disekitar tulang ikan supaya tidak menjejaskan rasa
3. Tempoyak jika terlalu masam, boleh ditambah sedikit gula.
3 comments:
First amy nak ucapkan terima kasih kerana sudi join contest sinar raudah. penyertaan memang mengikut syarat yang sinar raudah kehendaki. So amy ucapkan selamat berjaya ye!
p/s: amy suka makan gulai tempoyak ikan patin...
mmmmm
naper saya tk der resepi..
huhuhu
patin..my peberet tu...saya suka gulai yg pekat dan pedas..
Post a Comment